Thursday, January 28, 2010

SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153

Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Negeri Pahang





SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN

PERKARA 153 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

  1. Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini. Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi (yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.

KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN

SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003

FAKULTI

BUMIPUTRASISTEM KUOTA

BUMIPUTRASISTEM

MERITOKRASI

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM

KUOTA

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM MERITOKRASI

PERUBATAN

103

78

51

82

EKONOMI

88

29

56

114

PERAKAUANAN

99

80

50

82

UNDANG 2

57

10

29

63

PERNIAGAAN

88

4

56

150

SAINS

551

481

351

455

FARMASI

28

16

14

29

KEJURUTERAAN ELETRIK

63

31

32

74

KEJURUTERAAN KIMIA

44

23

22

50

KEJURUTERAAN MEKANIK

63

37

32

61

SUMBER : UNIVERSITI MALAYA

  1. Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras ( bagi trend kemasukan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain. Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

  1. Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

PERKARA 153 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MODEL EKONOMI BARU

  1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.

  1. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  1. Satu perkara yang mungkin gagal disedari oleh orang Melayu bahawa biasiswa adalah salah satu keistimewaan ( privileges ) orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

  1. Sejak negara ini merdeka pada 1957, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).

  1. Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIBmenjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.

  1. Model Ekonomi Baru tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang .......Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran".....

/.


Klik untuk baca blog Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Pahang

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI JAWAB ISU MERITOKRASI


Tuesday, January 26, 2010

SALAM PERJUANGAN

Sdr. Musli Oli, YDP Sabah berucap di pelancaran Perkasa Negeri Johor




Salam perjuangan dari Perkasa Pahang,

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana sudi merasmikan Pelancaran Perkasa Negeri Pahang pada 24hb Januari lalu.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pribumi Perkasa YB Dato' Paduka Ibrahim Ali kerana turut serta dimajlis berkenaan. Tidak lupa juga kepada semua YDP-YDP Perkasa Negeri-Negeri diatas susah payah dan keprihatinan mereka serta semua yang hadir dengan semangat memperkasakan bangsa Melayu kita.

Kami terus memperbaiki dan mengemaskini blog Perkasa Pahang. Kami juga menjumpai beberapa laman blog yang menyokong perjuangan Perkasa dalam memperkasakan bangsa Melayu, justru dibawah ini kami sertakan alamat-alamat url blog-blog berkenaan untuk rujukan umum:


Kami juga sedang berusaha untuk memasukkan blog tersebut kedalam link diblog ini untuk memudahkan dicapai umum.

Selam hormat dan terima kasih,

Admin. Perkasa Pahang.

Sunday, January 17, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA PAHANG







- JEMPUTAN UMUM KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA NEGERI PAHANG -


Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jemputan Umum Majlis Pelancaran PERKASA Negeri Melaka

Dato’/Datin/Tuan/Puan

Adalah dengan ini dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Negeri Pahang yang di jadualkan seperti keterangan berikut:

Tarikh : 24hb. Jan 2010 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Tun Razak Temerloh

Dirasmikan : YAB Dato’ Seri Haji Adnan Bin Yaakob
(Menteri Besar Pahang)

Turut Hadir: YB Datuk Haji Ibrahim bin Ali
(Presiden PERKASA Malaysia)


Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat kami alu-alukan.

Semoga direstui Allah s.w.t perjuangan bangsa yang murni ini dan diberi kesempatan agar bangsa ini akan terus wujud, berkuasa serta perkasa dan bersatu padu.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi 012-2781984 (YDP Perkasa)


Sekian Terima Kasih


Salam Perjuangan Dari:


Dr. Zubir Harun
(YDP PERKASA Negeri Pahang)

Tuesday, January 5, 2010

BLOG DALAM PEMBINAAN

Salam dan Selamat Datang.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mengunjungi blog Perkasa Negeri Pahang atas keperhatinan tuan-tuan semua terhadap perjuangan bangsa Melayu dan negara tercinta.

Bagaimanapun suka dimaklumkan bahawa blog ini masih lagi dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya dan dijangakan akan selesai dalam masa beberapa hari lagi. Pandangan dan teguran tuan-tuan dalam mendapatkan sebuah laman blog yang baik juga sangat dihargai.

Segala kesulitan sangat dikesali dan kami mohon maaf.

Sekian dan terima kasih,


Admin.

Mahasiswa Melayu perlu bangkit

Datuk Ibrahim Ali



Mahasiswa Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah serta hak agama dan bangsa termasuk dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekarang bukan masanya bagi mahasiswa berdiam diri dalam isu itu sebaliknya membuat bantahan agar tidak mudah diperlekehkan pihak lain.

Beliau menegaskan, empat perkara iaitu agama Islam, Majlis Raja-Raja, bahasa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Jelasnya, jika empat perkara itu disentuh dan dipersoal, mereka yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Jadi kita perlu bangkit memperjuang, mempertahankan hak serta nasib agama dan bangsa kita (Melayu). Jangan sekali-kali kita gadaikan kepentingan agama serta bangsa kita,” katanya.

Beliau berucap membentangkan wacana bertajuk Politik Mahasiswa: Ke Mana Arahnya pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di kampus Universiti Malaysia Terengganu di sini semalam.

Konvensyen sehari anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu dihadiri kira-kira 1,200 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membentangkan wacana perdana bertajuk Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahasiswa pada era kini perlu lebih kritikal dan radikal menyuarakan sebarang perkara berkaitan kepentingan bangsa dan agama seperti dilakukan mahasiswa zaman sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya, segala yang disuarakan itu tidak semestinya menentang dasar kerajaan atau bersekongkol dengan pihak pembangkang.

Sebaliknya, katanya, apa yang perlu ditekankan adalah mempertahankan maruah agama dan bangsa.

“Inilah perbezaan ketara mahasiswa zaman saya dahulu dengan mahasiswa sekarang. Kalau dulu, kita menyuarakan tidak puas hati terhadap kerajaan tapi apabila tamat belajar, hampir semua daripada kami sertai kerajaan.

“Tetapi mahasiswa sekarang lain, ramai sokong kerajaan tetapi apabila keluar dari kampus mereka jadi anti-Islamik,” katanya.

Ibrahim juga berpesan kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam politik kepartian ketika di kampus kerana ia akan memecahbelahkan mereka sesama sendiri.

Sekiranya perkara itu dibiar dan tidak dikawal, beliau percaya mana-mana kampus di universiti lambat laun akan ‘hancur-lebur’.

13 NGO buat laporan polis terhadap akhbar mingguan

DARI kiri: Presiden IRIMM, Amir Amsaa Pitchay, Setiausaha Agong PPIM, Ma’amor Osman, Ketua Wira Perkasa Selangor, Arman Azha Abu Hanifah dan Pengerusi Melayu Bandar Petaling Jaya Utara, Latt Shahrizan Abdullah menunjukkan salinan laporan polis terhadap majalah Herald – The Catholic Weekly di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jan – Sebanyak 13 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap akhbar mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly bagi menghalang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Laporan tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang dibuat oleh wakil NGO terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 3 petang ini.

Antara NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman menyifatkan tindakan akhbar mingguan itu sebagai biadab dan tidak memikirkan sensitiviti pelbagai kaum di negara ini.

Menurut beliau, Allah adalah Tuhan bagi umat Islam yang dikenali melalui sifat-sifat tersendiri.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk merujuk Allah sebagai Tuhan mereka dengan sifat-sifat bersalah dengan-Nya.

“Tindakan akhbar itu seolah-olah menjolok sarang tebuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Sentul di sini hari ini.

Beliau juga bimbang jika ada pihak akan bangkit dengan keputusan mahkamah sivil tersebut yang dianggap menghina Islam apabila diadili oleh seorang hakim bukan Islam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bertindak mengikut perlembagaan negara fasal 11(4) yang secara jelasnya melarang mana-mana pihak selain Islam menggunakan kalimah Allah.

Sebagai membantah tindakan akhbar mingguan itu, beliau berkata, PPIM akan mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan masjid di sekitar ibu negara selepas solat Jumaat.

Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Pitchay berkata, tindakan akhbar mingguan tersebut seolah-olah memperlekehkan kedaulatan serta mencemari kedudukan Islam.

Pada masa yang sama beliau menggesa agar polis menjalankan siasatan terhadap pengurusan dan penganjur gereja itu bagi mengenalpasti motif serta agenda mereka di sebalik penggunaan kalimah Allah.

“Saya khuatir sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan terus dijadikan bahan untuk memperlekeh Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz pula menegaskan sekiranya tindakan akhbar mingguan tersebut ‘dihalalkan’ maka kalimah Allah yang merupakan satu perkara agung tidak lagi menjadi hak eksklusif bagi umat Islam.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Ingat sensitiviti kaum, agama

MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan pelajar yang hadir selepas membentangkan kertas kerja di Konvensyen Mahasiswa Melayu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu semalam.




KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, apa juga alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.

Bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum.

Jelasnya, perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah untuk penganut agama lain.

“Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.

“Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan Tuhan bukannya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu – Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Sti Hasmah Mohd. Ali dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Dr. Mahathir mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly yang mendapat bantahan umat Islam ketika ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau juga khuatir perkataan Allah yang digunakan pihak terbabit seperti dalam bentuk tulisan pada sepanduk dan sebagainya akan menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Kalau mereka buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tidak mencerminkan hal sebenar mengenai umat Islam, ia akan menimbulkan kemarahan, kalau nak guna perkataan Allah kenakan syarat ketat,” ujarnya.

Ditanya sama ada kerajaan perlu merayu semula keputusan mahkamah berhubung perkara itu, Dr. Mahathir berkata:

“Itu terpulang kepada kerajaan.”

YAHUDI KUASAI DUNIA MELALUI NGO

Sanusi Junid



SATU FORMULA UNTUK SURVIVAL BANGSA

1. Pada pagi 19hb Disember, 2009 saya dan isteri telah pergi dengan kereta ke UiTM Tronoh untuk merasmikan mesyuarat penubuhan PERKASA. Mengikut Presiden PERKASA YB Dato’ Ibrahim Ali ilham untuk menubuhkan PERKASA telah dicetuskan setelah beliau berjumpa dengan Tun Ibrahim Ismail bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tun Ibrahim Ismail ialah pemimpin ATM di waktu berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969 dan beliau telah menyatakan kepada Dato’ Ibrahim Ali betapa bimbangnya beliau melihat kelemahan kedudukan politik orang-orang Melayu dewasa ini kerana keadaan ini boleh mengancam keselamatan negara.

2. Sebaik saja saya turun dari kereta di UiTM seorang yang saya kenal dari segi rupa, tetapi saya sudah lupa namanya, telah mendekati saya dan membisikkan bahawa beliau ialah seorang Ketua UMNO Cawangan yang telah menerima sms dari Ketua UMNO Bahagiannya supaya dia tidak hadir dalam majlis PERKASA pada hari itu. Katanya semua Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian yang berkenaan telah menerima sms yang sama. Beliau hadir kerana ingin bertemu dengan saya dan mendengar ucapan saya yang beliau, katanya, rindu untuk mendengarnya.

3. Setelah itu, selepas menyaksikan persembahan silat gayung, yang begitu menarik, seorang lagi, yang menyatakan beliau juga ahli UMNO, telah memaklumkan kepada saya bahawa ada pihak yang menyatakan bahawa PERKASA ditubuhkan untuk memecahbelahkan masyarakat

4. Walau pun ada usaha pihak tertentu untuk menggagalkan perjumpaan PERKASA tetapi, walau pun hujan turun dan perjumpaan diadakan awal pagi, banyak sekitar 1,000 orang telah hadir untuk menjayakan majlis.

5. Jika benar, dan hanyalah jika benar, sikap Ketua UMNO Bahagian yang cuba menghalang penubuhan PERKASA PERAK maka saya lebih kasihan kepada UMNO daripada kepada PERKASA. Sebagai seorang yang keanggotaan UMNO nya No. 007 saya tidak mungkin mengkhianati UMNO untuk menyokong penubuhan PERKASA jika sekiranya PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang saya fikirkan akan memecahbelahkan UMNO, masyarakat atau bangsa.

6. Dalam perjumpaan PERKASA itu saya telah memperkenalkan kepada para hadirin siapa itu Dato’ Ibrahim Ali yang saya telah kenal sejak beliau belajar di ITM, iaitu sebelum ITM dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir di waktu Tun menjadi Perdana Menteri. Ada satu keanehan yang sukar saya lupakan ialah bagaimana Ibrahim telah berjaya, sebagai pemimpin pelajar ITM dan seorang pelajar Mass Com telah berjaya melobi sehingga kelulusan diploma Mass Com ITM telah diiktiraf sebagai ijazah universiti walaupun ITM belum menjadi sebuah universiti. Inilah kelicinan manupulasi Dato’ Ibrahim Ali.

7. Dalam satu tunjuk perasaan di depan bangunan AIA ( American International Assurance ) pada tahun 1974 saya teringat telah meminta Ibrahim naik kepentas untuk mengganti saya bercakap menghentam Amerika Syarikat kerana sokongannya kepada Israel. Ibrahim tanya ‘nak cakap apa?’ Saya kata ‘katalah apa yang engkau tahu’. Ibrahim terus naik dan dia pun bercakap ‘apa yang dia tahu’ selama hampir satu jam. Waktu itu dia pemimpin pelajar ITM.

8. Ramai juga pengkritik yang memandang rendah terhadap Dato’ Ibrahim Ali kerana kononnya Dato’ Ibrahim laksana ‘katak’ yang sering melompat dari satu parti ke parti yang lain.

9. Walau pun saya bukan jenis yang turut melompat seperti Ibrahim tetapi ini ialah kerana saya lebih sabar dari Ibrahim. Saya telah jelaskan dalam majlis pelancaran PERKASA Perak itu bahawa satu kelemahan Dato’ Ibrahim ialah kerana beliau, dalam berparti, suka berkawan dengan pemimpin-pemimpin atasan sahaja. Bila pemimpin atasan berubah pendirian atau mengobah dasar maka Ibrahim pun tinggal mereka. Kini, dalam PERKASA, Dato’ Ibrahimlah yang jadi orang atasan. Mempelajari dari tabi’at beliau maka ahli-ahli PERKASA, jika mengikut contoh Ibrahim, hendaklah melompat keluar dari PERKASA jika PERKASA memecahbelahkan masyarakat dan merugikan dan tidak memperjuangkan bangsa dan negara.

10. Alhamdulillah pada beberapa hari berikutnya Suruhanjaya Pilihanraya telah mengalungalukan PERKASA supaya memainkan peranan untuk mendaftar pengundi-pengundi baru, kerana terlalu ramai rakyat Malaysia, khususnya Melayu, tidak mendaftar sebagai pengundi. Dato’ Ibrahim telah menyambut baik seruan Suruhanjaya Pilihanraya dan telah berikrar untuk mengadakan meja mendaftar pengundi pada setiap kali ada majlis PERKASA.

11. Inilah contoh baik bagaimana NGO boleh memainkan peranan untuk bangsa dan negara.

12. Cerita mengenai sikap Ketua Bahagian UMNO, terhadap Dato’ Ibrahim Ali dan PERKASA, seperti yang dinyatakan oleh dua orang yang bertemu saya sebelum perhimpunan PERKASA di Tronoh tempoh hari, membuat saya teringat kepada peristiwa tahun 1974 apabila Tun Abdul Razak mencadangkan supaya saya menjadi calon bagi kawasan pilihanraya Jerai. Kerana imej saya, yang disalahertikan, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah telah mengadakan perjumpaan dengan Tun Abdul Razak di atas Gunung Jerai untuk membantah rancangan Tun Abdul Razak itu sehingga Pemuda UMNO Kedah mengancam untuk meletak calon bebas melawan saya jika saya dipilih untuk mewakili Barisan Nasional.

13. Kerana gagal menghalang Tun Razak untuk mencalonkan saya maka, atas semangat setiakawan, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang pula telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak untuk membantah pencalonan saya. Mereka telah bertanya pada Tun Razak mengenai bukti saya sudah menjadi ahli UMNO selama 5 tahun untuk membolehkan saya menjadi calon. Secara spontan, dan selamba, Tun Abdul Razak telah mengeluarkan pangkal resit bayaran yuran UMNO sebagai bukti saya sudah membayar yuran ahli UMNO Bahagian Pekan.

14. Sekitar waktu yang sama saya juga telah mendapat tawaran dari Dato’ Asri Presiden PAS untuk menjadi calon di Padang Terap untuk mengganti tempat Haji Ahmad Shukri yang menjadi Ahli Parlimen PAS bagi Padang Terap, Kedah di waktu itu. Kata Dato’ Asri kalau UMNO tak mahu saya maka saya boleh jadi ahli PAS.

15. Dalam pertemuan saya dengan Tun Ghafar Baba, Naib Presiden UMNO waktu itu dan Tun Syed Ahmad Shahbuddin, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah pada waktu itu, di Coffee House Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang, saya telah menyatakan bahawa saya hanya akan terima tawaran jadi calon jika saya menggantikan Tan Sri Hanafiah Hussain, Ahli Parlimen Jerai waktu itu, jika beliau tidak bertanding lagi.

16. Saya menang tanpa bertanding di kawasan Parlimen Jerai. Lepas itu saya menang dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

17. Apa yang mengejutkan saya ialah pandangan Ketua Bahagian saya yang tidak mahu menambah ahli UMNO, walau pun Ibu Pejabat UMNO mengarahkan supaya diadakan kempen menambah ahli UMNO baru, kerana katanya ‘ahli yang ada memilih kita tetapi ahli baru belum tentu akan pilih kita’. Fahaman begini telah melarat kepada waktu mendaftar pengundi baru untuk Pilihanraya Umum. Beliau juga berpendapat ‘pengundi yang ada memilih kita dan pengundi baru belum tentu memilih siapa’.

18. Apakah kerana bimbang masih adanya sikap begini pada pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian maka Suruhanjaya Pilihanraya mencadangkan PERKASA turut membantu mendaftar pengundi. Jika ada, ianya paling bahaya kerana sementara ada fikiran pengundi muda atau baru mungkin tidak menyokong Barisan Nasional apakah ada jaminan pengundi yang sedia ada dalam daftar tetap menyokong Barisan Nasional? Apakah tidak mungkin jika pengundi lama kecewa terhadap Barisan Nasional pengundi baru dapat disuntikkan dengan semangat yang akan membuat mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional?

19. UMNO dan Barisan Nasional perlu bersikap positif untuk menarik kembali pengundi yang sedia ada, yang telah kecewa dengannya, dan juga menarik pengundi yang muda dan yang baru.

20. Ternyata dalam Pilihanraya Umum ke 12 bukan saja pengundi baru dan pengundi muda tidak menyokong Barisan Nasional tetapi pengundi lama juga banyak yang telah berpaling tadah.

21. Pemimpin-pemimpin UMNO hendaklah sedar bahawa banyak dari kalangan pengundi yang ada tidak menjadi ahli UMNO dan tidak lagi menyokong Barisan Nasional.

22. Adalah menjadi tanggung-jawab semua pemimpin dan ahli UMNO dan Barisan Nasional bukan sahaja untuk menawan semula hati pengundi yang dulunya menyokong Barisan Nasional tetapi juga pengundi baru yang jika tidak didaftarkan atas usaha UMNO sekali pun besar kemungkin mereka akan mendaftar sendiri atau atas inisiatif parti lawan.

23. NGO boleh membantu UMNO dan Barisan Nasional asalkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mempunyai sikap yang betul yang diikuti oleh amalan yang manarik pengundi dan rakyat. Menghalang ahli-ahli UMNO dari menghadiri perjumpaan PERKASA bukanlah tindakan yang menguntungkan.

24. Saya di Manchester waktu menerima jemputan untuk merasmikan PERKASA Negeri Perak. Secara kebetulan saya sedang membaca buku bertajuk ‘Jewish Manchester – An Illustrated History’ karangan Bill Williams. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 2008.

25. Ternyata Manchester mempunyai sekitar 35,000 Yahudi yang terdaftar pada tahun 2008. Mereka mempunyai 46 synagogues dan didukung serta mendukung 150 NGO termasuk 20 buah NGO Zionis yang menonjolkan sokongan Yahudi Manchester kepada negara Israel. Mereka memiliki hanya sebuah surat-khabar bernama The Jewish Telegraph.

26. Di Manchesterlah Chaim Weitzmann, seorang pensyarah kimia dari Universiti Manchester, bergerak untuk membela Yahudi. Beliaulah yang menubuhkan kelompok Zionis yang bernama ‘Manchester School’, yang menguasai kewangan dan industri, dan memainkan peranan penting untuk mempengaruhi kerajaan British mengisytiharkan ‘Balfour Declaration’ sebagai asas bagi kewujudan negara Israel.

27. Masyarakat Yahudi Manchester dan Salford telah memainkan peranan yang aktif dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kebajikan dan politik melalui kegiatan mereka dalam organisasi-organisasi pedagang, pekedai, doktor, doktor gigi, peguam, pensyarah, pemusik, pelukis, arkitek, wakil rakyat, pentadbir, dan mereka juga menjadi pengasas, panaung dan pengurus bagi badan-badan NGO berkaitan.

28. Begitu hebat Yahudi menggunakan rangkaian NGO sehingga negara Amerika Syarikat dapat ditakluki mereka; dan dengan pengaruh Yahudi melalui NGO mereka dapat menguasai politik Amerika Syarikat untuk terus membantu Israel sehingga, dengan jumlah rakyat Arab yang berlipat ganda dibandingkan dengan rakyat Israel di tambah pula dengan kekayaan negara-negara Islam di Asia Barat, dengan minyak dan gas yang begitu banyak, pembelaan terhadap Palestine tetap tidak berjaya.

29. Antara sebab Barisan Nasional banyak kalah di dalam pilihanraya umum ke 12 ialah kehilangan sokongan orang-orang keturunan India yang dipengaruhi oleh Hindraf. Oleh kerana PM di waktu itu tidak pedulikan semua rayuan dari Hindraf akhirnya NGO ini menjadi faktor yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan sokongan masyarakat Hindu.

30. Waktu saya menjadi pelajar di Hamburg, Jerman Barat ( sebelum Jerman Barat dan Timur bersatu ), saya telah mendengar satu syarahan oleh Professor Karl Schiller di Hamburg Universiti mengenai rancangan kerajaan Sosialis Politik Demokratik ( SPD ) pimpinan Chancellor Helmut Schmitt untuk membenarkan orang-orang Turki bekerja di Jerman Barat.

31. Professor Schiller menyatakan ada tiga sebab untuk membenarkan orang-orang Turki bekerja di Jerman Barat sebagai pekerja asing. iaitu:

31.a. Sebab pertama ialah berasaskan pertimbangan ekonomi. Sebagai negara yang sedang membangun begitu cepat Jerman Barat terpaksa memilih samada untuk menggunakan pendekatan Jepun dengan membuat banyak robot untuk menjadi tenaga kerja atau untuk membawa masuk pekerja asing. Keputusan yang diambil ialah membawa masuk pekerja asing kerana ianya lebih cepat daripadi membuat robot dan jika ekonomi meleset maka pekerja asing boleh dihantar balik kenegara asal.

31.b. Sebab kedua ialah berasaskan pertimbangan politik. Pada pendapat Professor Schiller hanya wujud tiga buah negara Islam di dunia ini yang mempunyai kemampuan berperang baik dari segi jumlah penduduk, ramainya tentera dan rekod keberanian mereka dalam sejarah. Negara-negara itu ialah Mesir, Turki dan Parsi ( Iran ). Jika ketiga mereka bersatu dan bergabung tenaga maka Israel dapat mereka hancurkan. Oleh kerana kehancuran Israel akan membawa padah yang teruk kerana Yahudi dari Israel pasti pulang balik ke Jerman, maka demi kepentingan Jermanlah maka tiga negara Islam ini perlu dihalang dari bersatu. Parsi bagi Schiller ialah negara sahabat di bawah Syah. Mesir di bawah Gamal Abdul Nasir adalah musuh Israel. Oleh itu jika Turki dapat dihalang dari memasuki pakatan untuk menentang Israel maka selamatlah Jerman daripada didatangi Yahudi.

31.c. Dari segi sejarah pula pihak Turki telah memihak kepada Jerman di dalam Perang Dunia ke Dua.

32. Dalam melaksanakan dasar kemasukan orang-orang Turki ke Jerman Barat Professor Schiller, yang dianggap sebagai seorang ahli ekonomi kewangan yang terpintar di Barat, telah dilantik oleh Chancellor Helmut Schmitt menjadi Menteri Ekonomi dan Kewangan Jerman Barat.

33. Bila orang-orang Turki masuk bekerja di Jerman Barat maka semua pelajar-pelajar dari Asia telah kehilangan kerja. Sebabnya ialah pekerja Turki lebih besar dan bertenaga dari pelajar-pelajar Asia. Umpamanya, di Pelabuhan Hamburg dua orang pekerja Turki boleh angkat satu tong sedangkan pelajar Asia perlu tenaga empat orang. Oleh kerana gajinya sama, ia-itu satu pertiga gaji pekerja Jerman, maka lebih menguntungkanlah jika majikan gunakan tenaga orang-orang Turki.

34. Saya, sebagai Presiden Tenaga Kerja Muda dari kalangan pelajar-pelajar di Hamburg, bersama komiti pelajar telah menjalankan kempen bukan sahaja kepada Professor Schiller tetapi juga serata Jerman menyokong usaha pekerja-pekerja Turki untuk diberi taraf kerakyatan Jerman. Kempen ini dijalankan sebelum pilihanraya Jerman Barat. Isu kerakyatan untuk orang-orang Turki telah diketengahkan dalam manifesto pilihanraya dan apabila menang kerajaan SPD yang dipimpin oleh Chancellor Helmut Schmitt pun memberi kerakyatan kepada pekerja-pekerja Turki.

35. Akibat dari keputusan ini maka pekerja-pekerja Turki pun dapat gaji dan upah yang sama dengan pekerja Jerman dan pelajar-pelajar Asia pun dapat bekerja samula kerana gaji dan upah untuk mereka yang bukan rakyat lebih ekonomik bagi peniaga-peniaga Jerman.

36. Saya telah dipilih untuk jadi pemimpin pelajar kerana dari sekitar 400 orang pelajar dalam persatuan hanya saya dari Malaysia. Pelajar lain dari Indonesia, Thailand dan Filipina. Perebutan kuasa antara mereka memberi peluang kepada saya menjadi pemimpin.

37. Dari kisah di atas adalah jelas bahawa memecah-belahkan negara-negara Islam yang mampu berperang akan menguntung Yahudi sebagai musuh Islam. Ternyata juga bahawa bantuan Jerman kepada umat Islam Turki bukanlah kerana sayang kepada orang Islam tetapi kerana takut kepada Yahudi.

38. Oleh itu pemimpin-pemimpin Melayu di Malaysia dan pemimpin-pemimpin Islam di seluruh dunia perlulah sedar apa untungnya berkelahi sesama sendiri. Kita perlu bertanya apakah sokongan yang kita terima sama saperti Jerman menerima orang Turki yang semata-mata untuk menghalang kehancuran Israel. Apakah NGO yang menyokong kita akan menguntungkan atau merugikan bangsa dan ugama kita; patutkah kita belajar dari Yahudi yang berjaya menggunakan NGO untuk kepentingan Yahudi dan tidak memusuhi NGO seperti Ketua UMNO Bahagian yang menentang penubuhan PERKASA Negeri Perak.