Friday, September 24, 2010

Perhimpunan Melayu Kelantan 25hb September (Sabtu)







Salam Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, dan Pejuang-Pejuang Bangsa



Dengan hormatnya dijemput ke Perhimpunan Melayu Kelantan pada September 25hb, 2010 Sabtu jam 3 petang di padang depan Stesyen Keretapi Bandar Pasir Mas, Kelantan.

Ucaptama oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.

Insya Allah, lebih 20 ribu akan hadhir. Manakala 3 ribu pemuda bermoto akan sambut Tun Dr Mahathir.

Kehadhiran amat dihargai.

Hidup Melayu!

Dato' Paduka Ibrahim Ali
Presiden Perkasa 


Dari blog Anak Omak  dan  The Unspinners

Wednesday, September 1, 2010

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN PERKASA MENGENAI ISU YANG DIBANGKIT OLEH PRESIDEN MCA


KENYATAAN MEDIA DR ZUBIR HARUN

NAIB PRESIDEN PERKASA MENGENAI ISU YANG DIBANGKIT OLEH PRESIDEN MCA

CHUA SOI LEK DAN KONGRES EKONOMI CINA

1. MCA telah menganjurkan Kongres Ekonomi Cina (KEC) pada 14 Ogos 2010 dan meluluskan13 resolusi. Antara yang didesak melalui 13 resolusi itu dan dengan tujuan untuk menghakis kepentingan Melayu ialah:

a. Menghapuskan kuota 30%,

b. Membuka lebih luas lagi sektor-sektor tertentu ekonomi kepada orang Cina seperti sektor minyak & gas dan telekomunikasi,

c. Mengambil lebih ramai orang Cina sebagai ahli lembaga pengarah GLCs,

d. Membuka sistem perolehan kerajaan dan GLCs kepada orang Cina, dan

e. Membuka kontraktor kelas F kepada orang Cina.


2. PRESIDEN MCA DAN KONGRES EKONOMI CINA MENUNTUT EKUITI BUMIPUTERA SEBANYAK 30 % DALAM SEMUA SEKTOR EKONOMI DIKURANGKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT

PERKASA berpendapat desakan ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menyekat dan menghalang bumiputera terutamanya orang Melayu yang berkemampuan dari terus menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang sudah di kuasai oleh mereka sekarang!

PERKASA bersetuju dengan Dato Rais Yatim bahawa apabila Presiden MCA dan Kongres Ekonomi Cina yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat maka bermakna mereka bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara.

Menurut Datuk Seri Dr Rais Yatim

"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. (20 Ogos (Bernama)

PERKASA berpendapat bahawa tindakan Presiden MCA dan KEC jelas menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan BERNIAT untuk meminda Perlembagaan dan ini ada kaitanya dengan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria bahawa adanya pihak politik yang hendak meminda Perlembagaan negara ini untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

PERKASA berpendapat bahawa sejarah telah menunjukkan bahawa untuk usaha mencabar persetujuan perlembagaan yang sah ini telah mengakibatkan peristiwa ketidakstabilan negara seperti yang terlihat dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Sehubungan dengan itu PERKASA mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat menentang ini Perlembagaan Persekutuan Malaysia di kenakan tindakan ISA


3. APA LAGI YANG ORANG CINA MAHU SEDANGKAN MEREKA YANG MEMBOLOTI KEKAYAAN NEGARA

PERKASA ingin menarik perhatian bahawa masalah ketidaksamaan sosioekonomi di negara ini masih berterusan. Terdapat tiga golongan yang masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan dan hak milik kekayaan, iaitu

1. Golongan Bumiputra – pemilikan dari segi ekuti dalam sektor korporat 19.4%, hak milik premis 15.0%, dan pendapatan purata RM3,156.

2. Golongan Bumiputra Sabah & Sarawak – dari segi hak milik sektor korporat 3.0%, dan pendapatan purata antara RM2,063 hingga RM2,858.

3. Golongan India – dari segi hak milik sektor korporat 1.1%, hak milik premis 3.8% dan pendapatan purata RM3,799.

Kemelesetan ekonomi tahun-tahun 1998 dan 2009 mengusutkan perangkaan-perangkaan di atas. Usaha membetulkan ketidakseimbangan ini sebenarnya tidak menjejaskan atau diskriminasi golongan Cina dan golongan lain selaras dengan falsafah pembangunan negara yang berteraskan ‘Pertumbuhan dengan pengagihan’ (growth with distribution) yang telah dilaksanakan sejak dari tahun 70an lagi.

Masyarakat Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak milik sektor korporat, iaitu kepada 42.4%, hak milik premis 76.1% dan pendapatan purata sebanyak RM4,853.

Presiden MCA dan Kongres Ekonomi Cina sepatutnya menerima pengakuan jujur Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Bhd Tan Sri Liew Kee Sin semasa berucap di Kongres Ekonomi Cina seperti berikut:

“Statistically, Forbes magazine shows that the Malaysian-Chinese can prosper over the last 30 years,” said the SP Setia president and chief executive.

According to Forbes, Chinese-controlled companies account for 37 per cent of market capitalisation among the top 100 Malaysian listed companies, compared to Bumiputera equity of seven per cent.

Chinese individuals also control 73 per cent of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top 10 richest Malaysians.

“That’s wealth. Where did wealth come from? The wealth came in the last 30 years of so-called NEP (New Economic Policy) policies.”

Sehubungan dengan itu PERKASA dengan ini mendesak pihak kerajaan agar TIDAK menerima dan melaksana 13 resolusi KEC kerana ianya jelas merugikan orang Melayu dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Jika pihak kerajaan tunduk kepada desakan Presiden MCA dan KEC maka apalah lagi ada pada orang Melayu dan Bumiputra

Sebarang usaha kerajaan untuk melaksana resolusi KEC akan mengakibatkan UMNO/BN kehilangan undi daripada orang Melayu didalam PRU 13. Jangan lah sampai berlaku yang dikejar (undi kaum Cina) tak dapat, yang dikendung (undi Melayu) berciciran. Pengajaran di Ulu Selangor dan Sibu boleh diambil sebagai petunjuk bahawa berilah apa saja kepada orang Cina mereka TETAP tidak mengundi UMNO/BN di dalam PRU13 nanti

Sejak sebelum merdeka dan sehingga kini, orang Melayu telah menunjukkan tolak ansur dan pengorbanan yang cukup tinggi bermula dari pengorbanan hak kerakyatan hinggalah hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra seperti hak biasiswa dan pembubaran MECD.

Kenyataan Presiden MCA bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina telah menyebabkan ahli-ahli PERKASA dan orang Melayu di seluruh negara merasakan takut hak mereka yang sudah tercatat di dalam pelembagaan negara terhakis oleh MCA dan DAP dan ini akan menyebabkan mereka tidak akan memberi undi kepada mana-mana calon MCA yang akan bertanding didalam PRU 13 nanti.


PERKASA KESAL DENGAN KENYATAAN DATO NIZAR RAZAK BAHAWA DEB TELAH DI “BASTARDISED” DAN AP KERETA PERLU DIHAPUSKAN

PERKASA merasa kesal kerana dengan kenyataan Dato Nizar Razak yang menghentam DEB seperti dilaporkan di dalam Malaysiakini 14.8.2010 seperti berikut

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini


Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.


"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP)


"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.

Dilaporkan beliau turut mencadangkan supaya AP (menjadi hak Melayu/Bumiputra di bawah Perkara 153) dihapuskan atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir Melayu (ahli PEKEMA).


PERKASA berpendapat jika benarlah demikian, maka eloklah beliau turut mencadangkan supaya dihapuskan jugak lesen judi, arak dan astro serta runtuhkan monopoli gula, tepung dan sebagainya, atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir orang Cina dan India sahaja.


PERKASA MENGESA PRESIDEN MCA DAN KONGRES EKONOMI CINA BERLAKU ADIL DENGAN MELAKSANAKAN TINDAKAN SEPERTI BERIKUT SUPAYA

1. Menghapuskan diskriminasi terhadap Melayu dan India di sektor swasta dari segi pengambilan, perjawatan, gaji, kenaikan pangkat dna sebagainya,

2. Membuka syarikat-syarikat milik orang Cina seperti Public Bank, YTL, Berjaya, IOI kepada orang Melayu dan India dari segi pekerjaan dan tender/perolehan,

3. Membuka sektor-sektor yang dikawal / dimonopoli orang Cina seperti industri gula, tepong, beras, alat binaan, alat ganti kereta, bekalan daging, ayam, ikan dan sayur kepada peniaga Melayu dan India,

4. Menyediakan padang permainan yang sama rata kepada orang Melayu dan India.

5. Sepatutnya KEC itu berbincang dan mengemukakan syor yang membina dalam konteks pandangan baru dan pengakuan jujur Tan Sri Liew Kee Sin:


DR ZUBIR HARUN

NAIB PRESIDEN PERKASA

JUGA PENGERUSI BIRO EKONOMI PERKASA