Thursday, January 28, 2010

SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153

Posted on 5:52 PM by perkasa negeri pahang

Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Negeri Pahang





SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN

PERKARA 153 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

  1. Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini. Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi (yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.

KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN

SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003

FAKULTI

BUMIPUTRASISTEM KUOTA

BUMIPUTRASISTEM

MERITOKRASI

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM

KUOTA

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM MERITOKRASI

PERUBATAN

103

78

51

82

EKONOMI

88

29

56

114

PERAKAUANAN

99

80

50

82

UNDANG 2

57

10

29

63

PERNIAGAAN

88

4

56

150

SAINS

551

481

351

455

FARMASI

28

16

14

29

KEJURUTERAAN ELETRIK

63

31

32

74

KEJURUTERAAN KIMIA

44

23

22

50

KEJURUTERAAN MEKANIK

63

37

32

61

SUMBER : UNIVERSITI MALAYA

  1. Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras ( bagi trend kemasukan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain. Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

  1. Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

PERKARA 153 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MODEL EKONOMI BARU

  1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.

  1. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  1. Satu perkara yang mungkin gagal disedari oleh orang Melayu bahawa biasiswa adalah salah satu keistimewaan ( privileges ) orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

  1. Sejak negara ini merdeka pada 1957, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).

  1. Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIBmenjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.

  1. Model Ekonomi Baru tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang .......Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran".....

/.


Klik untuk baca blog Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Pahang

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI JAWAB ISU MERITOKRASI


2 Response to "SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153"

.
gravatar
YANG GAMBI Says....

Salam bro, setuju dengan saranan tuan..... kenapa perlu takut sangat melaksanakan akta yang sedia ada.... kalau ia pun puak-puak ini tidak juga setia dengan kerajaan...

.
gravatar
ISAC Says....

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/