Saturday, June 12, 2010

RESOLUSI KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA: MODEL BARU EKONOMI (MBE)

RESOLUSI
KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA:
MODEL BARU EKONOMI (MBE)

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

Tema : Memperkasakan Ekonomi Bumiputera

PERISYTIHARAN 15 JAMADIL AKHIR1431 / 29 HB MEI 2010




Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang


BAHAWASANYA, Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada – 15 Jamadil Akhir 1431 / 29 hb Mei 2010 yang dianjurkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan disertai lebih 1000 orang perwakilan dari 110 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan, para akademik, ahli politik dan peminpin masyarakat seluruh negara dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama seperti berikut:

Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE mengalu-alukan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

(Untuk bacaan selanjutnya sila ke link Resolusi / klik sini)

Admin. Perkasa Pahang.

Thursday, January 28, 2010

SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153

Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Negeri Pahang





SISTEM MERITOKRASI BERTENTANGAN DENGAN

PERKARA 153 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

  1. Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini. Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi (yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.

KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN

SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003

FAKULTI

BUMIPUTRASISTEM KUOTA

BUMIPUTRASISTEM

MERITOKRASI

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM

KUOTA

BUKAN BUMIPUTRA

SISTEM MERITOKRASI

PERUBATAN

103

78

51

82

EKONOMI

88

29

56

114

PERAKAUANAN

99

80

50

82

UNDANG 2

57

10

29

63

PERNIAGAAN

88

4

56

150

SAINS

551

481

351

455

FARMASI

28

16

14

29

KEJURUTERAAN ELETRIK

63

31

32

74

KEJURUTERAAN KIMIA

44

23

22

50

KEJURUTERAAN MEKANIK

63

37

32

61

SUMBER : UNIVERSITI MALAYA

  1. Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras ( bagi trend kemasukan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain. Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

  1. Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

PERKARA 153 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MODEL EKONOMI BARU

  1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.

  1. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  1. Satu perkara yang mungkin gagal disedari oleh orang Melayu bahawa biasiswa adalah salah satu keistimewaan ( privileges ) orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

  1. Sejak negara ini merdeka pada 1957, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).

  1. Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIBmenjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.

  1. Model Ekonomi Baru tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang .......Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran".....

/.


Klik untuk baca blog Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Pahang

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI JAWAB ISU MERITOKRASI


Tuesday, January 26, 2010

SALAM PERJUANGAN

Sdr. Musli Oli, YDP Sabah berucap di pelancaran Perkasa Negeri Johor




Salam perjuangan dari Perkasa Pahang,

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana sudi merasmikan Pelancaran Perkasa Negeri Pahang pada 24hb Januari lalu.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pribumi Perkasa YB Dato' Paduka Ibrahim Ali kerana turut serta dimajlis berkenaan. Tidak lupa juga kepada semua YDP-YDP Perkasa Negeri-Negeri diatas susah payah dan keprihatinan mereka serta semua yang hadir dengan semangat memperkasakan bangsa Melayu kita.

Kami terus memperbaiki dan mengemaskini blog Perkasa Pahang. Kami juga menjumpai beberapa laman blog yang menyokong perjuangan Perkasa dalam memperkasakan bangsa Melayu, justru dibawah ini kami sertakan alamat-alamat url blog-blog berkenaan untuk rujukan umum:


Kami juga sedang berusaha untuk memasukkan blog tersebut kedalam link diblog ini untuk memudahkan dicapai umum.

Selam hormat dan terima kasih,

Admin. Perkasa Pahang.

Sunday, January 17, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA PAHANG







- JEMPUTAN UMUM KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA NEGERI PAHANG -


Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jemputan Umum Majlis Pelancaran PERKASA Negeri Melaka

Dato’/Datin/Tuan/Puan

Adalah dengan ini dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Negeri Pahang yang di jadualkan seperti keterangan berikut:

Tarikh : 24hb. Jan 2010 (Ahad)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Tun Razak Temerloh

Dirasmikan : YAB Dato’ Seri Haji Adnan Bin Yaakob
(Menteri Besar Pahang)

Turut Hadir: YB Datuk Haji Ibrahim bin Ali
(Presiden PERKASA Malaysia)


Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat kami alu-alukan.

Semoga direstui Allah s.w.t perjuangan bangsa yang murni ini dan diberi kesempatan agar bangsa ini akan terus wujud, berkuasa serta perkasa dan bersatu padu.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi 012-2781984 (YDP Perkasa)


Sekian Terima Kasih


Salam Perjuangan Dari:


Dr. Zubir Harun
(YDP PERKASA Negeri Pahang)

Tuesday, January 5, 2010

BLOG DALAM PEMBINAAN

Salam dan Selamat Datang.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mengunjungi blog Perkasa Negeri Pahang atas keperhatinan tuan-tuan semua terhadap perjuangan bangsa Melayu dan negara tercinta.

Bagaimanapun suka dimaklumkan bahawa blog ini masih lagi dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya dan dijangakan akan selesai dalam masa beberapa hari lagi. Pandangan dan teguran tuan-tuan dalam mendapatkan sebuah laman blog yang baik juga sangat dihargai.

Segala kesulitan sangat dikesali dan kami mohon maaf.

Sekian dan terima kasih,


Admin.

Mahasiswa Melayu perlu bangkit

Datuk Ibrahim Ali



Mahasiswa Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah serta hak agama dan bangsa termasuk dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekarang bukan masanya bagi mahasiswa berdiam diri dalam isu itu sebaliknya membuat bantahan agar tidak mudah diperlekehkan pihak lain.

Beliau menegaskan, empat perkara iaitu agama Islam, Majlis Raja-Raja, bahasa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Jelasnya, jika empat perkara itu disentuh dan dipersoal, mereka yang terbabit boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Jadi kita perlu bangkit memperjuang, mempertahankan hak serta nasib agama dan bangsa kita (Melayu). Jangan sekali-kali kita gadaikan kepentingan agama serta bangsa kita,” katanya.

Beliau berucap membentangkan wacana bertajuk Politik Mahasiswa: Ke Mana Arahnya pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di kampus Universiti Malaysia Terengganu di sini semalam.

Konvensyen sehari anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu dihadiri kira-kira 1,200 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membentangkan wacana perdana bertajuk Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahasiswa pada era kini perlu lebih kritikal dan radikal menyuarakan sebarang perkara berkaitan kepentingan bangsa dan agama seperti dilakukan mahasiswa zaman sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya, segala yang disuarakan itu tidak semestinya menentang dasar kerajaan atau bersekongkol dengan pihak pembangkang.

Sebaliknya, katanya, apa yang perlu ditekankan adalah mempertahankan maruah agama dan bangsa.

“Inilah perbezaan ketara mahasiswa zaman saya dahulu dengan mahasiswa sekarang. Kalau dulu, kita menyuarakan tidak puas hati terhadap kerajaan tapi apabila tamat belajar, hampir semua daripada kami sertai kerajaan.

“Tetapi mahasiswa sekarang lain, ramai sokong kerajaan tetapi apabila keluar dari kampus mereka jadi anti-Islamik,” katanya.

Ibrahim juga berpesan kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam politik kepartian ketika di kampus kerana ia akan memecahbelahkan mereka sesama sendiri.

Sekiranya perkara itu dibiar dan tidak dikawal, beliau percaya mana-mana kampus di universiti lambat laun akan ‘hancur-lebur’.

13 NGO buat laporan polis terhadap akhbar mingguan

DARI kiri: Presiden IRIMM, Amir Amsaa Pitchay, Setiausaha Agong PPIM, Ma’amor Osman, Ketua Wira Perkasa Selangor, Arman Azha Abu Hanifah dan Pengerusi Melayu Bandar Petaling Jaya Utara, Latt Shahrizan Abdullah menunjukkan salinan laporan polis terhadap majalah Herald – The Catholic Weekly di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jan – Sebanyak 13 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap akhbar mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly bagi menghalang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Laporan tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang dibuat oleh wakil NGO terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira pukul 3 petang ini.

Antara NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman menyifatkan tindakan akhbar mingguan itu sebagai biadab dan tidak memikirkan sensitiviti pelbagai kaum di negara ini.

Menurut beliau, Allah adalah Tuhan bagi umat Islam yang dikenali melalui sifat-sifat tersendiri.

Oleh yang demikian katanya, mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk merujuk Allah sebagai Tuhan mereka dengan sifat-sifat bersalah dengan-Nya.

“Tindakan akhbar itu seolah-olah menjolok sarang tebuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Sentul di sini hari ini.

Beliau juga bimbang jika ada pihak akan bangkit dengan keputusan mahkamah sivil tersebut yang dianggap menghina Islam apabila diadili oleh seorang hakim bukan Islam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bertindak mengikut perlembagaan negara fasal 11(4) yang secara jelasnya melarang mana-mana pihak selain Islam menggunakan kalimah Allah.

Sebagai membantah tindakan akhbar mingguan itu, beliau berkata, PPIM akan mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan masjid di sekitar ibu negara selepas solat Jumaat.

Sementara itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Pitchay berkata, tindakan akhbar mingguan tersebut seolah-olah memperlekehkan kedaulatan serta mencemari kedudukan Islam.

Pada masa yang sama beliau menggesa agar polis menjalankan siasatan terhadap pengurusan dan penganjur gereja itu bagi mengenalpasti motif serta agenda mereka di sebalik penggunaan kalimah Allah.

“Saya khuatir sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan terus dijadikan bahan untuk memperlekeh Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz pula menegaskan sekiranya tindakan akhbar mingguan tersebut ‘dihalalkan’ maka kalimah Allah yang merupakan satu perkara agung tidak lagi menjadi hak eksklusif bagi umat Islam.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Ingat sensitiviti kaum, agama

MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan pelajar yang hadir selepas membentangkan kertas kerja di Konvensyen Mahasiswa Melayu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu semalam.




KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, apa juga alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.

Bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum.

Jelasnya, perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah untuk penganut agama lain.

“Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.

“Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan Tuhan bukannya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu – Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Sti Hasmah Mohd. Ali dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.

Dr. Mahathir mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly yang mendapat bantahan umat Islam ketika ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau juga khuatir perkataan Allah yang digunakan pihak terbabit seperti dalam bentuk tulisan pada sepanduk dan sebagainya akan menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Kalau mereka buat sepanduk dan tulis sesuatu yang tidak mencerminkan hal sebenar mengenai umat Islam, ia akan menimbulkan kemarahan, kalau nak guna perkataan Allah kenakan syarat ketat,” ujarnya.

Ditanya sama ada kerajaan perlu merayu semula keputusan mahkamah berhubung perkara itu, Dr. Mahathir berkata:

“Itu terpulang kepada kerajaan.”