Monday, January 4, 2010

PENYALAHGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH BUKAN ISLAM BOLEH MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG ISLAM DAN MENYEBABKAN KETEGANGAN ANTARA KAUM

Posted on 5:56 PM by perkasa negeri pahang

Perkasa Negeri Pahang akur dengan Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly/. Namun demikian Perkasa Negeri Pahang menentang keputusan ini atas dasar tanggung jawab sebagai NGO Islam generasi hari ini untuk melindungi aqidah generasi akan datang dan agar mereka tidak dikelirukan, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Lau Bee Lan bertentangan dengan undang-undang yang terdapat di 8 negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Lau Bee Lan juga bertentangan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Perkasa Negeri Pahang kesal kerana pihak yang diberi tanggung jawab untuk mempertahankan keputusan Menteri Dalam Negeri gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik. Ini adalah kerana Hakim Lau Bee Lan di dalam penghakimannya menyebut bahawa Kementerian gagal untuk mengadakan bukti bahawa penggunaan ayat itu boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mendatangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa walaupun di dalam mahkamah mungkin pihak defendan gagal membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara, tetapi itu tidak bermaksud ia tidak wujud dan kemungkinan itu tidak akan berlaku. Perkasa Negeri Pahang bimbang sekiranya nanti penyalahgunaan perkataan Allah menjadi berluasa dan memberikan kebangkitan kemarahan orang-orang Islam di Malaysia dan menyebabkan ketegangan antara kaum berpunca dari agama, masa itu adakah kita mempersalahkan Mahkamah Tinggi?

Perkasa Negeri Pahang mengesa pihak yang diberi tanggung jawab untuk mempertahankan keputusan Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan dengan SEGERA dan memastikan mereka dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Rayuan selepas ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang merobek sensitiviti umat Islam.

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa jika di Switzerland, masjid dilarang membangunkan menara masjid/minarets dan Perancis boleh mengharamkan pemakaian tudung di dalam era hak asasi dunia masa kini kononnya, kita tidak faham mengapa di Malaysia, di mana Islam merupakan agama rasminya boleh melarang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Perkasa Negeri Pahang memohon agar Majlis Raja-Raja untuk campur tangan menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini. Permintaan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu,”

Perkasa Negeri Pahang berpendapat bahawa biarpun Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kedudukan istimewa ini nampaknya seolah-olah tidak membantu untuk memelihara aqidah umat Islam dari dipesongkan dan umat Islam Malaysia dari dikelirukan oleh golongan bukan Islam.

No Response to "PENYALAHGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH BUKAN ISLAM BOLEH MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG ISLAM DAN MENYEBABKAN KETEGANGAN ANTARA KAUM"