Tuesday, January 5, 2010

Perkasa sokong pelantikan Dr. Sahol

Posted on 9:50 AM by perkasa negeri pahang


Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menyambut baik pelantikan Pengarah Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pelantikan Dr. Sahol itu dilihat cukup signifikan kepada UiTM memandangkan beliau mempunyai rekod yang cukup cemerlang bagi menerajui sebuah universiti tersohor di negara ini.

‘‘Sehubungan itu Perkasa menyambut baik pelantikan Dr. Sahol sebagai Naib Canselor UiTM yang baru.

‘‘Dengan pengalaman serta rekod cemerlang beliau, saya yakin Dr. Sahol akan dapat mentadbir UiTM dengan baik untuk melahirkan siswazah Melayu profesional yang berani dengan semangat patriotik yang tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dr. Sahol diumumkan sebagai Naib Canselor UiTM yang baru semalam bagi menggantikan Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.

Dr. Sahol yang juga lulusan UiTM dalam jurusan Kejuruteraan Awam pada tahun 1976 merupakan anak jati kedua universiti itu yang dilantik sebagai Naib Canselor selepas Ibrahim.

Kerjaya beliau di UiTM bermula pada tahun 1980, apabila menjadi pensyarah di Fakulti Kejuruteraan sebelum dilantik menjadi Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam pada 1982.

No Response to "Perkasa sokong pelantikan Dr. Sahol"